Welcome to MamaPapa Giftshop


Welcome to MamaPapa GiFtShOp~~~

Friday, May 21, 2010

Youth'10 (Karnival Belia Terbesar 2010) @ PWTC 28-29 Mei 2010

Youth Special - GT Bazaar No. 2
29th & 30th May, 2010 @ PWTC

PELBAGAI aktiviti telah dilakukan bagi mengatasi masalah sosial golongan belia. Salah satu aktiviti itu ialah Youth '10 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara yang menyediakan kira-kira 100 aktiviti itu menyasarkan golongan belia berumur antara 16 hingga 35 tahun.

Tumbuh daripada benih Youth '08, Youth '10 dijangka dihadiri 70,000 belia dari seluruh negara. Ramalan itu susulan daripada kejayaan program sebelum ini.

Pada Youth '08, lebih 21,000 belia berkumpul dalam festival tersebut dan bilangannya meningkat kepada 37,600 orang pada Youth '09. Diramalkan, Youth '10 akan menjadi festival belia Malaysia terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Menurut Pengurus Projek YouthMalaysia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Youth Asia, Joel Neoh, program sebegini telah berkembang sebagai platform penting bagi organisasi itu dalam memberi inspirasi kepada belia Malaysia supaya menjadi manusia yang berguna pada masa depan.

Sehubungan itu, aktiviti yang diadakan meliputi pelbagai bidang termasuk muzik, sukan, tarian, fesyen, pameran dan jualan serta persidangan.

Dengan tema 'Sebuah Generasi Para Pelaku', persidangan kali ini bakal memberikan satu medium pertukaran pendapat dan idea antara golongan belia yang telah berjaya.

Youth '10 membawa topik perbincangan yang meliputi kepimpinan, usahawan, kreativiti, pembangunan kerjaya dan media sebagai saluran sosial.

Seperti Youth '09, program tahun ini turut mempunyai sudut gerai menjual barangan DIY (Do-It-Yourself), permainan video, sudut graffiti dan pentas terbuka bagi pemuzik indie dan underground beraksi serta pertandingan menari gaya bebas.

Acara sebegini dapat mengumpulkan para belia daripada pelbagai golongan yang mempunyai minat berbeza di bawah satu bumbung.

Matlamat itulah yang ingin dicapai oleh Joel. Menyedari remaja mempunyai minat yang berlainan dan lebih cenderung bergaul dengan rakan yang memiliki minat yang sama, Joel mengambil inisiatif menemukan mereka.

"Youth bertujuan mendedahkan para remaja kepada aktiviti lain yang diminati rakan sebaya bagi mengembangkan lagi minda mereka terhadap perkara lain yang ada di luar ruang minat mereka," jelas Joel.

Antara aktiviti yang bakal menarik perhatian ramai adalah Battle of the Bands. Tahun lepas menyaksikan sebanyak 100 kumpulan menyertai pertandingan ini.

Graffiti

Selain daripada wang tunai RM5,000, band yang muncul juara diberi peluang untuk merakam karya asli mereka sebelum dijual di laman www.guamuzik.com.my.

Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk membuat persembahan. Jika buzzer dibunyikan sebelum masa dua minit tamat, bermakna kumpulan tersebut tidak berjaya.

Semuanya bergantung kepada reaksi penonton. Sebanyak 30 band akan dipilih untuk ke pusingan separuh akhir.
Pada peringkat itu, setiap kumpulan diberi masa tiga minit untuk menonjolkan kehebatan mereka. Seperti pada pusingan kelayakan, reaksi penonton menjadi penentu.

Hanya 10 band yang berjaya menambat hati pengunjung akan meneruskan perjuangan hingga ke pusingan akhir yang akan diadili oleh sekumpulan juri.

Selain hadiah utama, pemenang tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 sementara lima band seterusnya akan diberi hadiah saguhati berupa wang tunai RM300.

Namun, yang berbeza pada Youth '10 ialah penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik turut mendapat habuan. Ia bagi menggalakkan belia terlibat secara langsung dalam industri muzik yang sememangnya menjadi kegilaan golongan itu masa kini.

Sementara itu, acara graffiti akan mendedahkan orang ramai kepada kepelbagaian coraknya bermula dengan tanda yang ringkas sehinggalah rekaan yang menarik, kompleks dan berwarna-warni.

Jika diamati, graffiti adalah satu bentuk seni tampak dan kebanyakan artis menggunakan daya kreativiti serta kemahiran mereka dalam menghasilkan karya.

Joel berpendapat dengan memberikan mereka ruang, semestinya karya-karya tersebut dapat diketengahkan dan dihayati oleh masyarakat. Malah ia mendedahkan kita kepada perbezaan antara graffiti itu sendiri dengan vandalisme.
"Graffiti mementingkan aspek kepakaran dalam contengan berbanding vandalisme yang lebih terdorong ke arah contengan yang dibuat dengan pantas atau tergesa-gesa yang biasanya dilakukan di tempat persendirian sebagai cara untuk meluahkan perasaan," kata Joel.

Berdasarkan kejayaan sebelum ini, Youth '10 telah mendapat sokongan daripada penganjur bersama seperti Majlis Belia Selangor, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Sports Planet, Kelab Yo-Yo Malaysia, Hot FM, Fly FM, 8TV, TV3, TV9, Utusan Malaysia, Kosmo!, Bernama TV dan Pentas Aksi.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web rasmi Youth '10 iaitu di http://www.theyouthfestival.com/.






The Youth Festival make a debut again this year in organizing Malaysia Largest Youth Festival at Putra World Trade Center (PWTC) from May 28, 2010 till May 30, 2010.

The festival is divided into five main festivals, and they are; Music Festival Sports Festival Dance Festival Discovery Festival and Shopping Festival .All these festival will be conducted in celebrating Malaysian Youth! Hence, to all youth in Malaysia, kindly take part in the activity and have fun!

On top of this, the Youth Festival 2010 will have Youth Conference in collaboration with Maybank with a theme; Real People Real Stories. A lot of personalities, corporate figures, successful people are invited to give talk to inspire Malaysian Youth for a better future. The speakers will cover several aspects but not limited to Careers, Creativity, Entrepreneurship as well as Media Personalities.

Click here for further detail on the event. Click here for Youth’10 Facebook page! And you can get free pass from here. A lot of activities will be organized such as 3 vs 3 Basketball challenge, Extreme Street Dance Challenge, Graffiti Write It Out Loud, Extra Photography Competition, Battles of the Bands 3, 5 vs 5 Futsal Championship, Youth’10 Foosball Tournament, Rock Climbing Challenge, Animax Cosplay Competition, and many more!!

No comments:

Post a Comment